Arwah Eyna Lee Dikenang Peramah & Suka Bersedekah, Keluarga Reda Takdir

Berita

Arwah Eyna Lee Dikenang Peramah & Suka Bersedekah, Keluarga Reda Takdir

Keluarga reda dengan pemergian Roslinawati Ramli, 33, atau lebih dikenali sebagai Eyna Lee, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ketika dalam perjalanan menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 di Terengganu.

Menurut kakaknya, Roslidawati, arwah pergi dengan tenang seolah-olah sedang tidur. Roslinawati tidak bergerak sendirian, sebaliknya bersama suami, dua anak, ibu bapa mentua serta ahli keluarga lain yang menaiki kereta. Kali terakhir mereka berhubung ialah di Hentian Sebelah Kijal, sebelum berita sedih kemalangan diterima.

Advertisement

Walaupun saya tidak sempat bersama, namun suaminya sempat meriba arwah di saat terakhir.

eyna lee

Roslidawati menjelaskan adiknya sudah lama meminati dunia permotoran, malah memiliki Yamaha RXZ sejak usia 21 tahun. Arwah juga sering menyertai himpunan permotoran bersama keluarga, dan menolak dakwaan kononnya menunggang secara berbahaya.

Jenazah selamat dikebumikan di Felda Tementi dengan kehadiran ramai kenalan. Menurut kakaknya, Rosmawati, arwah dikenali sebagai seorang yang peramah, ceria dan gemar bersedekah.

Polis mengesahkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di lokasi kejadian.

aksi superman peserta RXZ sebelum kemalangan
2025-08-23 19:59:33

Tular Video Konvoi Peserta RXZ Members 7.0 Buat Aksi ‘Superman’ Beramai-Ramai Sebelum Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...