Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan dengan kematian seorang pelakon berbakat, Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Sabtu.
Rakan artis arwah, pelakon Aida Aris berkongsi cerita bagaimana dirinya terdengar jeritan isteri Allahyarham semasa mendapati suaminya tidak lagi bernyawa di homestay yang mereka menginap.
Saya bergegas ke biliknya dan dapati arwah dah tak sedarkan diri.
Kami cuba beri bantuan pernafasan, tapi tiada respon.
View this post on Instagram
Tambah atres ini, malam sebelum Badrul akhirnya pergi, dia sempat berbual sebentar bersama rakannya itu. Katanya, tiada apa yang lain pada muka arwah, kelihatan sihat saja. Mungkin hanya penat dan mengantuk.
Terdahulu, polis telah membawa arwah ke hospital Hospital Sebarang Jaya, Pulau Pinang. Aida memaklumkan arwah bakal menjalani proses bedah siasatan untuk mengetahui punca kematian.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.