Beberapa bulan ini terutama sekali bulan Ramadhan lepas, banyak artis yang telah memilih untuk mengenakan hijab dan berhijrah ke arah yang lebih. Antaranya ialah Erra Fazira dan Amy Mastura, ada juga artis lain yang ingin mengenakan tudung tetapi mereka dihimpit dengan pelbagai persoalan seperti “nanti kalau aku dah berhijab mesti kurang tawaran lakonan, macam mana aku nak surviveâ€.
Namun, artis yang sudah lama berhijrah iaitu Irma Hasmie menasihati artis yang kini sudah berhijab ataupun mempunyai hasrat untuk ke arah itu harus percaya bahawa setiap rezeki ditentukan oleh Allah SWT dan jangan pernah menyesal dengan keputusan mereka untuk berubah.
Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu.
Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula. Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur.
InshaAllah kalau niat anda baik untuk berubah dan dekat kepadaNya pasti jalan kita akan diberkati, apa yang Irma Hasmie katakan itu memang kami 100% sokong kerana rezeki semua terletak di tangan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya perlu berusaha dan berdoa.
Selain Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Diana Amir. Tolong list kan lagi artis yang benar benar ikhlas berhijab. Huhu
Wahhh kerlassss boleh tau yer saper ikhlas saper tak, base on blog gosip pulak tu.
Duku kau tau irma ni bertudung melalui mana? Media hiburan jugak kan? Bodoh simpan sikit dalam poket please
Duku tu aper?
Sorry la poket aku penuh dengan bodoh kau, nak hambik balik simpan sendiri :p
Aku bercakap pasal “keihklasan”. Boongok kau tu jangan melampau sangat yer.
kakak irma cantik lg bila bertudung…..
putri sarah wife shamsul yusof?
cc: diana johor, nina iskandar dan makcik zarina
Mmg betul apa yg Irma ckp tapi mmg betul juga industry dlm Malaysia ni kalau dah pkai tudung job kurg sikit compared to free hair. Dari segi lakonan kalau watak jahat mmg dierang takkan ambik artis bertudung.. Ada kes artis mmg kurg job lepas bertudung.. Cth satu lagi aku dpt tau dari makcik aku, dia make up artis.. Baru ni dia make up ramona zamzam pastu dia pun cite yg iklan sunsilk yg Uqasha buat patut nya ramona yg dpt. tapi sbb dia dah kawin dierang pun taknak ambik dia. Agaknya mmg malaysian dah set mentality mcm tu. Ada job mmg taknak artis yg berhijab & dah kawin.. Aku pecaya kita kena ubah mindset mcm ni sbb tak adil. Cuma nya aku prasan job blakon ramona ada je manjang, asyik shooting je tak henti. So consider masih ada rezeki lepas kawin di situ.. Drpda ambik budak2 baru yg kayu, baik la ambik ramona sbb dia mmg boleh blakon.. Diharapkan artis yg berhijab dgn ikhlas lebih murah rezeki…
Irma dulu masa free hair, antara top artis wanita kat Malaysia.
Sekali dah kahwin, dah berhijab, orang pun dah tak ingat Irma berlakon drama apa dulu.
Dah bertudung, kau jangan mimpi nak famous lagi la sebagai artis. Last2 kahwin biar suami sara, ataupun keluarkan jenama tudung sendiri. Tu aje
Top ker? I kenal nama dia dulu pun sebab couple ngan Nabil, yang kena lempang semua tu. Takder la top mana pun, lepas dia bertudung and kawen baru dia top meletop.
Lepas dia bertudung and kawen tetap dia tak meletup-letup
Fixed That For You
irma dia top pon pasal laki dia henserm itu ajee yg lain biasa2 aje…babtu tu artis2 pompan ni sebelom ambek keputusan nk bertudung pikir dulu jangan sampai menyesal kalau nk berlakon lagi paham…agak2 macm dh tahu diri tu dh tk popular n pengarah pon dh tknk ambek berlakon lagi ha boleh lah berhijrah berhijap n bertudunggg…kalau maseh lagi nk berlakon berbagai2 watak tk payah lah nk bertudung duluu..sekian terima khaseh lah ye thank uu..
Tak tgk alhijrah ke anon @10.32? Dia pengacara tv alhijrah skrg nie..
Alah takyah nak tunjuk baik sibukkan hal org, concentrate je on yr family. Bkn ade faedah pun duk bizi bodi hal org……diri sendiri pun belum tentu sempurna.
minah jambu langsung tk bukak itu siaran alhijrah pasal prgram dia terlampau baik2 sangat minah jambu tk bekenan terima khaseh aje lah ye adios …!
Alahai.. Mcm mn ada yg x knal Irma Hasmie ni? Dia pernah famous jg la. Apa2 pn suka tgk Misz Nina ?
Melihatkan industri hiburan kini yang semakin ramai barisan artis wanita yang mula berhijab, Irma Hasmie menjelaskan bahawa pelakon-pelakon yang baru sahaja berhijrah agar tidak menyimpan perasaan kesal kerana tawaran lakonan yang terhad.