Beberapa bulan ini terutama sekali bulan Ramadhan lepas, banyak artis yang telah memilih untuk mengenakan hijab dan berhijrah ke arah yang lebih. Antaranya ialah Erra Fazira dan Amy Mastura, ada juga artis lain yang ingin mengenakan tudung tetapi mereka dihimpit dengan pelbagai persoalan seperti “nanti kalau aku dah berhijab mesti kurang tawaran lakonan, macam mana aku nak surviveâ€.
Namun, artis yang sudah lama berhijrah iaitu Irma Hasmie menasihati artis yang kini sudah berhijab ataupun mempunyai hasrat untuk ke arah itu harus percaya bahawa setiap rezeki ditentukan oleh Allah SWT dan jangan pernah menyesal dengan keputusan mereka untuk berubah.
Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu.
Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula. Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur.
InshaAllah kalau niat anda baik untuk berubah dan dekat kepadaNya pasti jalan kita akan diberkati, apa yang Irma Hasmie katakan itu memang kami 100% sokong kerana rezeki semua terletak di tangan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya perlu berusaha dan berdoa.