Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Artis Yang Akan Jatuhkan Artis,” Ismail Izzani Perli Zarina Dan Fathia?

Jika sebelum ini, Ismail Izzani enggan memberikan komen mengenai kisah gambarnya memaut pinggang Zarina Anjoulie yang telah dimuat naik ke media sosial oleh Fathia Latiff, akhirnya pemuda 18 tahun itu kini membuka mulut.

Advertisement

mStar Online melaporkan, Ismail medakwa terkesan dengan peristiwa itu dan sukar tidur malam setelah ia berlaku.

Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.

Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam.

Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.

Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.

Advertisement

Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul.

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.

Bersabarlah… tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini.

Komen ini dibuat oleh Ismail setelah beberapa hari mendiamkan diri mengenai dakwaan Zarina Anjoulie dan Fathia bahawa Ismail telah tidur di sebuah hotel dengan teman wanitanya namun Zarina yang membayar bil hotel tersebut.

Zarina bengang kerana Ismail tidak membayar kembali harga sewa sebuah bilik hotel itu kepada Zarina dan Fathia telah memuat naik gambar tersebut bertujuan meminta Ismail menghubungi Zarina atas urusan pembayaran bilik tersebut.

Gambar itu juga mengejutkan netizen kerana Zarina tidak mengenakan tudung seperti kebiasaannya dan dia juga dilihat berpakaian jarang sehingga menampakkan pakaian dalam. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. Tk

    September 8, 2018 at 10:55 am

    Klu kena tangkap khalwat Kan Malu mak Bapak? And Worst still klu kna STD!!

  2. Nini—

    September 8, 2018 at 7:09 am

    Kalau dah buat salah lbh baik diam ja daripada terus bercakap dan menyalahkan org lain. Netizen pun bukan bodoh sgt nk mengiakan Apa yg ko ckp dik.

  3. Kak Jah positip

    September 8, 2018 at 2:28 am

    takpe la dik, akak maafkan ko, umur pun baru 18, baru nak kenal dunia. Akak takmo hukum ko macam netizen2 lain ni main sembur je macam diri sendiri takde anak2 dan adik2 remaja, macam la budak ni memang dah terus gelap masa depan dan takleh nak diubah dah. Lepas ni hati2 pilih kawan ya, dengar cakap orang tua, and jadikan pengajaran untuk jadi lebih baik in the future. Gituuuu komen akak harini suci murni sangat.

    • nasib pompuan malaysia

      September 9, 2018 at 1:35 am

      Untung jadi lelaki, kalo pompuan dh kena maki jalang slut mcm2 lagi

    • roti telur

      September 11, 2018 at 9:10 am

      LOL akak, bila plak dia mintak maap kat ko? masyarakat suka ingat diorg ni ada hak kat artis2. ko sapa yg dia kene ada keampunan ko? LOL ni la sbb budak cenggini x belajar dr kesilapan. masyarakat kata ok kitorg maafkan.. blk buat perangai belakang tabir pastu budget suci dpn org. yg dia kene mintak maap tu kat mak pak dia, kat pompuan anjoulie tu yg dia hutang x byr & plg penting, kat TUHAN….dh nak popular sgt kan hadap la dik sementara ko cari keinsafan sebenarnya.

  4. makismail

    September 8, 2018 at 12:31 am

    ooooohhhhh dah pandai ya bawak pompuan masuk hotel. ni nak kene babab nih !!

  5. Duh

    September 7, 2018 at 7:49 pm

    Ngapa Mael tak mention pasal Bil hotel? Or did I miss reading it? Mael If you have made mistake the first thing for you to do is to man up and admit it! If you are innocent then clear your name boy!!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top