“Artis Yahudi Pun Minat Ke? Kenapa Ambil Gambar Dengan Zi*nis?” – Zahirah Macwilson Dikritik Bergambar Dengan Gal Gadot

Hiburan

“Artis Yahudi Pun Minat Ke? Kenapa Ambil Gambar Dengan Zi*nis?” – Zahirah Macwilson Dikritik Bergambar Dengan Gal Gadot

Aktres tinggi lampai, Zahirah Macwilson cukup beruntung apabila dijemput ke acara pembukaan kedai aksesori, Tiffany & Co di New York.

Dia yang tiba di bandar itu beberapa hari lepas dilihat sering memuat naik video di Instagram story tentang acara dihadirinya bersama barisan artis antarabangsa lain.

Advertisement

Menerusi hantaran terbaru, Zahirah berkongsi rasa teruja apabila dapat berjumpa dan bertentang mata dengan ramai selebriti Hollywood yang diminati ramai.

Namun, foto berdua isteri Aiman Hakim Ridza itu bersama pelakon berasal dari Israel, Gal Gadot mengundang rasa kurang senang sesetengah peminatnya.

Menerusi ruangan komen, mereka ini menulis luahan kekecewaan selain ada yang mengkritik Zahirah kerana bergambar dengan aktres filem Wonder Woman berkenaan.

Malah, ada yang mempersoalkan jika Zahirah sedar bahawa Gal Gadot pernah menyertai pasukan tentera Israel yang telah melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Kenapa bergambar dengan zionis, sis? Ya Allah.”

Dalam pada itu, ramai pengikutnya di Instagram memuji kecantikan Zahirah malah ramai yang akui dia dan Gal Gadot nampak seiras persis kembar.

1 year ago

"Padahal Dorang Fasih Sangat English" - Netizen Puji Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Didik Anak Cakap Melayu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...