Artis Wanita Serba Boleh, Peminat Puji Azar Azmi Tukar Tayar Kereta Seorang Diri

Hiburan

Artis Wanita Serba Boleh, Peminat Puji Azar Azmi Tukar Tayar Kereta Seorang Diri

Pelakon Azar Azmi meraih pujian peminat dan juga rakan artis apabila dia tanpa kekok menukar tayar kereta milik Zarina Zainuddin yang rosak di tepi jalan baru-baru ini.

Tindakan pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu menukar sendiri tayar kereta yang dipercayai telah pancit itu dikagumi kerana tidak ramai wanita yang mampu untuk melakukan kerja berat seperti itu.

Advertisement

hafreez adam dan azar azmi
3 years ago

Dikhabarkan Bercinta, Hafreez Adam Akui Sedang Kenali Hati Budi Azar Azmi

View this post on Instagram

A post shared by ABOS (@azarazmi)

Perkara tersebut dikongsikan Zarina menerusi sebuah video pendek di Instagram di mana dia memaparkan aktres itu sedang menukar tayar belakang kenderaan miliknya.

Zarina yang pada ketika itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk membawa anak-anaknya menerima suntikan vaksin.

“Heroin drama #DeritaUntukBahagia. Baiknya hati dia. Dia cakap tak apa, kakak pergi selesaikan urusan suntikan vaksin untuk anak-anak. Saya uruskan kereta kakak. Dia buat sendiri. Terima kasih banyak @azarazmi. Nak bayar, katanya tak payah. Dia minta pulut kuning saja. Okey nanti kakak hantar.”

Menjengah ruangan komen, tindakan Azar itu menerima banyak pujian yang mengatakan dia ringan tulang menolong orang lain yang dilanda kesusahan.

“Wow, pertama kali lihat perempuan cabut tayar pancit dan gantikan dengan yang baharu. Tabik!” tulis seorang netizen di bahagian komen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...