Artis Wanita Berusaha Mahu Runtuhkan Rumah Tangga Suami Dan Madunya?

Hiburan

Artis Wanita Berusaha Mahu Runtuhkan Rumah Tangga Suami Dan Madunya?

Satu sumber kepada Diva menerusi akhbar Kosmo memberitahu ada seorang artis wanita yang berkahwin dengan suami orang berusaha untuk memisahkan suami dan madunya. Dalam erti kata lain, sehingga bercerailah.

Advertisement

Diva sebenarnya terkejut apabila mendengar khabar angin daripada seorang sumber semasa menghadiri sesi fotografi di Petaling Jaya baru-baru ini. Sumber berkenaan memberitahu tentang seorang artis wanita yang mendirikan rumah tangga dengan suami orang mempunyai hasrat untuk meruntuhkan masjid yang dibinia suami dengan madunya.

Bagaimanapun, perancangan berkenaan tidak berjaya, namun sumber itu tidak mengetahui puncanya.  Diva tidak pasti sejauh mana kesahihan khabar angin berkenaan.

Bukan mudah untuk hidup bermadu tetapi ia tidak bermakna seseorang itu harus melukakan hati madunya dan meruntuhkan masjid yang dibina bersama suami. Itu sudah sampai tahap kejam namanya. Jika berita ini benar, kami harap artis tersebut insaf dan janganlah mencipta kebahagiaan atas air mata orang lain.

Sumber Berita : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...