Artis Umur 30-an Minta ‘Sponsor’ Kek Sempena Hari Jadi, Usahawan Kritik – “Tak Malu Sungguh!”

Hiburan

Artis Umur 30-an Minta ‘Sponsor’ Kek Sempena Hari Jadi, Usahawan Kritik – “Tak Malu Sungguh!”

Seorang usahawan kek tampil mendedahkan bahawa seorang selebriti terkenal didakwa telah menghubunginya bagi tujuan menaja makanan sempena sambutan hari lahirnya yang ke-38.

Menerusi satu hantaran di Threads, usahawan berkenaan turut berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada selebriti tersebut. Berdasarkan mesej itu, selebriti terbabit dilihat meminta tajaan kek atau manisan bagi majlis ulang tahun kelahirannya dengan janji untuk membuat beberapa hantaran promosi di media sosial sebagai balasan.

Advertisement

Namun, usahawan itu menjelaskan bahawa beliau terpaksa menolak permintaan tersebut kerana tempahan pada tarikh berkenaan sudah penuh, sambil berseloroh hanya akan menaja artis yang benar-benar diminatinya.

Artis minta sponsor kek

Ada artis minta sponsor. Mohon maaf, tarikh tersebut kami dah tersangat full order.

Saya memang hanya akan sponsor pada artis yang saya minat sahaja contohnya Britney Spears ke, Taylor Swift ke, Lee Min Ho atau Christiano Ronaldo.

Atau pun Siti Nurhaliza, Haneesya Hani, Melisha Lin, Sandra Lim, Miss Grand Malaysia atau Miss Universe Malaysia. Yang lain tak payahlah minta sponsor. Saya kekwat sikit nak sponsor yang lain.

Pendedahan itu mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan selebriti tersebut yang dianggap masih berkemampuan untuk menganjurkan majlis tanpa memerlukan sebarang tajaan.

Komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-10 16:32:14

"Saya Belajar Psikologi, Saya Bukan Pembuli" - Anak Aaron Aziz Tunjuk Bukti Perbualan Dengan Sharina Richie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...