Susulan perkara tersebut, Presiden persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berpendapat seseorang artis itu tidak harus campur tangan dalam hal politik sebaliknya berikan segala fokus untuk membina kerjaya seni masing-masing.
Artis seharusnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak kelihatan kurang bijak. Lagipun tidak kena pada tempat untuk artis mengulas mengenai isu politik. Malah, dia sendiri berada di Taiwan dan tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia.
Saya sendiri pun tidak tahu siapa yang dia wakili kerana realitinya dia tidak berada di sini. Banyak yang pihak kerajaan laburkan dalam industri kreatif dan jangan hanya fokus kepada keburukan semata-mata.
Tidak salah untuk luahkan pendapat, cuma jangan terlalu mendesak. Kadang-kadang sebarang kenyataan yang di keluarkan mungkin mendapat reaksi negatif dan sekaligus akan membuatkan seseorang artis itu diboikot.