Penyanyi kelahiran program realiti TV Mentor, Keena tampil memberikan sedikit nasihat buat Baby Shima agar tidak lagi membuat kontroversi serta publisiti murahan dalam karier nyanyiannya.
Ujar Keena, apa yang dilakukan Baby Shima sedikit sebanyak turut memberikan tempias kepada artis lain termasuklah dirinya yang menerima pandangan serong masyarakat.
Katanya lagi, artis lain yang gilakan kontroversi dan publisiti tapi bimbang pihak lain pula yang menerima kesan dan menganggap mereka ini sama seperti si dia.
Baby Shima tiada kena mengena dengan kami yang sendu ini. Kami artis tak dikenali dan tiada nama dalam industri serta bukan berdasarkan kontroversi.
“Namun sedikit bakat yang Allah bagi untuk kami dimanfaatkan sebaiknya menerusi cara berlatih untuk maju ke depan dan diterima di TV dan radio.” luah Keena lagi.
Dedahnya lagi, dia pernah ditanyakan peminat tentang bilakah mahu membuat kontroversi murahan agar lebih dikenali ramai di luar sana.
Menafikan dia mempunyai perasaan iri hati terhadap Baby Shima, Keena turut meluahkan rasa hairan mengenai tindakan penyanyi itu yang sanggup membuat cerita publisiti seperti bercumbu dengan lelaki dan meneguk minuman beralkohol semata-mata untuk mempromosikan lagu sendiri.
Keena juga menempelak sikap Baby Shima yang mengutuk warga maya sedangkan mereka jugalah yang mengundinya ketika dia menyertai satu program nyanyian yang berjaya menaikkan namanya sehingga ke hari ini.
Terdahulu, Baby Shima memaklumkan bahawa dia kini terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri kerana teruk dikecam berikutan kontroversi buruk melibatkan dirinya di media sosial.