“Artis Pun Manusia, Reti Maki Juga” – Terima Komen Berbaur Lucah, Reen Rahim Tampil Sekolahkan Netizen

Hiburan

“Artis Pun Manusia, Reti Maki Juga” – Terima Komen Berbaur Lucah, Reen Rahim Tampil Sekolahkan Netizen

Sering mendapat komen-komen berbaur negatif dan lucah yang ditulis pengguna Instagram, pelakon sensasi Reen Rahim tampil membalas segala komen tersebut menerusi sebuah posting yang dimuat naik olehnya tempoh hari.

Reen rahim terima komen lucah

Advertisement

Kata Reen, tindakannya itu dilakukan demi memberikan pengajaran kepada individu tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial.

Menurut laporan Gempak, beliau yang mengakui artis juga seorang manusia biasa itu dilihat berani membalas komen-komen tersebut dan langsung tidak menyekat akaun berkenaan.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi beberapa posting yang di muat naik di Insta Story miliknya.

Reen rahim terima komen lucah

“Penatlah nak block orang bebal ni. Selalunya aku abaikan dan block tapi hari ni macam naklah layan, nak rasa jadi bebal seronok tak. Tapi maaflah kasar bro. Artis pun manusia, reti maki juga, cuma kena ikut mood.”

Dalam pada itu, Reen juga difahamkan sempat memuat naik tangkap layar komen-komen biadab pengguna media sosial yang menulis komen berbaur lucah pada gambar-gambarnya.

Reen rahim terima komen lucahReen rahim terima komen lucahReen rahim terima komen lucah

Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang tidak putus-putus menasihatinya agar terus bersabar dan tidak melayan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...