Artis Pun Berhak Bersuara, Kenapa Perlu Kecam? – Emelda Rosmila

Hiburan

Artis Pun Berhak Bersuara, Kenapa Perlu Kecam? – Emelda Rosmila

Masih hangat diperkatakan tentang isu artis meminta dana khusus untuk penggiat seni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Isu ini menjadi semakin panas dan telah mencetuskan “peperangan” dasyat antara netizen dan segelintir selebriti.

emelda rosmila kecam netizen

Advertisement

Pelakon Emelda Rosmila juga turut lantang bersuara dan mempertahakan “perjuangan” rakan artis demi membela nasib penggiat seni.

Tidak kisah dikritik, Emelda menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini memuat naik status mendedahkan beberapa individu mengecam artis. Menurut pelakon itu, tindakannya itu bukanlah mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya ingin memberikan pengajaran kepada netizen yang sering mengutuk dan mengeji anak seni.

emelda rosmila kecam netizen

Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada netizen yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.  Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

Tambah Emelda, tidak ada salahnya jika dia ingin meluahkan pendapat dan menzahirkan apa yang terbuku di dalam hati. Artis juga manusia biasa, mempunyai hak untuk bersuara.

emelda rosmila

Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?

Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kecam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari.

emelda rosmila netizen

Terdahulu, Emelda menyifatkan apa yang dilakukan netizen melampaui batas manusia seakan dirasuk syaitan apabila ada artis bersuara menyatakan kesusahan yang mereka hadapi, mengenang nasib dalam dunia seni.

Sumber Berita : BH ONLINE 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...