April 27th, 2016

Laman sosial masa kini memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka yang bergelar artis. Melalui medium seperti Instagram dan Facebook, mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan peminat. Namun, pada masa yang sama ia mengundang pelbagai kritikan dan spekulasi daripada orang ramai.

Pelakon yang sudah cukup lama berada dalam industri lakonan Malaysia iaitu Esma Daniel berpendapat artis harus bijak mengendalikan laman sosial mereka agar tidak dihimpit perkara negatif.

Mereka harus hati-hati dengan netizen dan perlu berfikir sebelum memuat naik sesuatu  di media sosial.

Zaman saya bukan seperti sekarang. Jika sesuatu kejadian berlaku hari ini, ia mengambil masa agak lama untuk disebarkan pada umum. Situasi agak berbeza dengan sekarang, yang saya sifatkan sebagai zaman netizen.

Bagi saya, artis perlu berhati-hati dengan netizen. Maksudnya, mereka perlu berfikir dulu kesan baik dan buruk terhadap diri dan umum setiap kali memuatnaik gambar atau status di media sosial masing-masing.

Teknologi ini ada kesan baik dan buruk dalam jangka masa panjang. Jika kita tidak pandai menggunakannya secara baik, ia boleh memberi impak buruk pada kita.

Esma juga memberitahu, sekiranya tercetusnya kontroversi yang membabitkan perbalahan atau salah faham di antara netizen, artis itu juga  perlu bijak mengendalikan isu berkenaan agar ia tidak berpanjangan.

Setiap perkara akan ada baik buruknya, begitu juga dengan penggunaan media sosial. Sebolehnya seseorang artis itu harus menjaga nilai eksklusif mereka dan tidak memuat naik segala hal di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

 


Comments are closed.

Loading...