Dah lama kami nak tulis pasal nie tapi asyik terlupa jer. Terkejut kami baca BiPop Ahad lepas bila Almy Nadia bagitau sesuatu tentang seorang Diva. Sebelum tue kami nak cakap betapa kesiannya hidup si Almy Nadia nie. Sungguh kejam orang yang menyantau dia daripada tahun 2006 tue. Dahd ekat 3 tahun dah nie. Cukup-cukuplah tue.
Korang baca kat bawah nie kenyataan Almy Nadia pasal sorang diva nie. Seram beb bila pikir-pikir balik.
[note]Selain pengalaman di santau, saya juga ada pengalaman bekerja dengan seorang artis ini yang kononnya bertaraf diva! Apabila saya ada babak dengan dia, saya tak boleh berdialog dengannya. Bertentang mata dengan dia pun saya tak mampu, saya jadi gagap! Lama-lama boleh jadi bodoh sehingga saya tak boleh nak hafal skrip!
Saya hairan, apa dah jadi, sebelum ini saya berdialog dengan artis lain, boleh. Mengapa apabila diminta berdialog dengan artis diva ini, tiba-tiba saya tak boleh? Lama kelamaan dah masuk dua tiga babak, ini tak boleh jadi! Bayangkan, apabila saya bertentang mata dengannya, nak mula berdialog, tiba-tiba fikiran saya jadi kosong!
Akhirnya saya minta tolong seorang kawan. Macam mana nak berlakon ni, saya ada beberapa hari lagi nak habiskan drama ini. Kalau asyik blank saja apabila diminta berdialog, matilah saya kena marah dengan pengarah! Teman saya tadi minta saya selawat nabi banyak-banyak dan niat dalam hati, kita nak bekerja, insya-Allah selepas ini saya boleh terus bekerja.
Alhamdulillah, berkat doa, baca-baca ayat yang patut, akhirnya saya boleh berdialog dengan diva berkenaan. Apa hal, boleh pula? Saya hairan, apabila artis lelaki berdialog dengan si diva ini, boleh pula, namun apabila tiba giliran saya jadi blank. Tapi, selepas selawat banyak-banyak, nampaknya saya mampu berdialog lancar dengan artis diva tu! Akhirnya Tuhan tunjuk jalan yang benar.
Kini, saya dah boleh nampak warna sebenar artis diva itu. Kulitnya saja cantik dan putih, rupa-rupanya hatinya hitam lekat! Sekali pandang wajahnya, oh cantiknya, so sweet… Tiba-tiba apabila saya dah boleh bertentang mata dengannya, mampu berdialog, rupa-rupanya diva berkenaan hanya manusia biasa. Saya lihat pada wajahnya ada juga jerawat, parut pada badan, kakinya?
Tapi, sebelum itu, ketika saya tak mampu bertentang mata dengannya, saya lihat diva itu seorang bidadari yang sungguh cantik! Penampilannya sungguh sempurna, umpama bidadari yang baru turun dari kayangan! Tapi, selepas Tuhan buka mata saya, baru saya perasan, diva ini macam orang lain juga, tak sempurna. Kentut busuk, hisap rokok juga! Akhirnya sifat bidadari diva berkenaan hilang macam itu saja! [/note]
Siapakah Diva yang dimaksudkan oleh Almy Nadia nie? Dato’ Siti tolak ke tepi dah sebab dia tak pernah berlakon. Siapa ek diva yang pelakon? Kalau betul la kata Almy Nadia, rasanya compem si diva nie pakai susuk. Depan orang nampak cun melecun, tapi sebenarnya berkedut sana sini.
Seram jugak ye industri hiburan Malaysia nie. Macam-macam perangai orang ada. Nie semua gara-gara tamak nak duit la nie. Lagi satu sebab dah gile populariti. Kalau dah tua buat lah cara tua. Takyahlah nak guna bomoh ke susuk ke nak kasik nampak maintain cun.