Artis Malaysia Tak Kaya, Buat-Buat Kaya Je – Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Artis Malaysia Tak Kaya, Buat-Buat Kaya Je – Sharnaaz Ahmad

Hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung bantuan khusu untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis yang selama ini ditayangkan di media sosial.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Turut memberikan pandang mengenai isu itu adalah pelakon Sharnaaz Ahmad yang meminta agar netizen berfikiran positif dan tidak keterlaluan mengecam. Jangan lagi bergaduh mengenai artis itu banyak duit kerana mereka juga sama tiada beza dengan masyarakat.

Dia turut menegaskan netizen perlu memahami apa yang cuba disampaikan oleh artis yang mencadangkan dana khas itu. Bantuan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk artis yang kehidupannya susah serta pekerja belakang tabir yang lebih memerlukan.

Sharnaaz tidak menafikan ada artis yang mempunyai kehidupan mewah, namun realitinya tidak semua begitu.

Semua susah sekarang ni bro. Semua orang stress. Tapi apa yang kita kena buat? Sama-sama kita tenang, lebihkan sembahyang. Kalau ada lebih, tak kiralah hang artis ka orang biasa ka. Kalau ada lebih hulur, kalau tak ada berpada-pada sudahlah.

sharnaaz ahmad artis malaysia tak kaya

Apa yang kerajaan dah bagi, B40 tu kami. Ada kelonggaran kami terima, syukur terima kasih. Ramai kata artis Malaysia ni kaya, tak kaya bro. Buat kaya saja. Kereta punya banyak, bank punya. Rumah punya banyak, bank punya. Sembang saja lebih.

Dalam pada itu, Sharnaaz berharap sebagai rakyat Malaysia kita harus bekerjasama dan saling membantu menghadapi segala krisis yang melanda negara sekarang.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...