March 31st, 2020

Hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung bantuan khusu untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis yang selama ini ditayangkan di media sosial.

sharnaaz ahmad

Turut memberikan pandang mengenai isu itu adalah pelakon Sharnaaz Ahmad yang meminta agar netizen berfikiran positif dan tidak keterlaluan mengecam. Jangan lagi bergaduh mengenai artis itu banyak duit kerana mereka juga sama tiada beza dengan masyarakat.

Dia turut menegaskan netizen perlu memahami apa yang cuba disampaikan oleh artis yang mencadangkan dana khas itu. Bantuan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk artis yang kehidupannya susah serta pekerja belakang tabir yang lebih memerlukan.

View this post on Instagram

Dari Menteri Pulau Gazambo

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sharnaaz tidak menafikan ada artis yang mempunyai kehidupan mewah, namun realitinya tidak semua begitu.

Semua susah sekarang ni bro. Semua orang stress. Tapi apa yang kita kena buat? Sama-sama kita tenang, lebihkan sembahyang. Kalau ada lebih, tak kiralah hang artis ka orang biasa ka. Kalau ada lebih hulur, kalau tak ada berpada-pada sudahlah.

sharnaaz ahmad artis malaysia tak kaya

Apa yang kerajaan dah bagi, B40 tu kami. Ada kelonggaran kami terima, syukur terima kasih. Ramai kata artis Malaysia ni kaya, tak kaya bro. Buat kaya saja. Kereta punya banyak, bank punya. Rumah punya banyak, bank punya. Sembang saja lebih.

Dalam pada itu, Sharnaaz berharap sebagai rakyat Malaysia kita harus bekerjasama dan saling membantu menghadapi segala krisis yang melanda negara sekarang.

 


2 responses to “Artis Malaysia Tak Kaya, Buat-Buat Kaya Je – Sharnaaz Ahmad”

  1. Anonymous says:

    Artis ni masa senang takningat nak simpan. Joli lebih, gaya lebih. Kawin korang pun glamor macam nak gila tak ingat tuhan. Sekali majlis kenduri korang kami blh makan 5 tahun. Dah susah tak malu pulak nak mengemis.

  2. Anonymous says:

    Tak faham la, kenapa golongan mcm artis perlu ada tabung khusus? Korg nyanyi/berlakon dpt duit, dibayar, bukan amal jariah kepd industri. Besar sgt ke jasa korg nk di bandingkn industri2 lain. Cuma korg dikenali je, adoi, xdek beza la dgn org lain. Klu la nk buat tabung utk golongan OKU ke aku terima lgi, korg sape? Besar sgt taraf korg?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...