Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Artis Korea Tercalon Di ABPBH 32

Bahang kehangatan anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian kini kembali untuk edisi ke 32.

Advertisement

Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, ABPBH 32 pada tahun ini memperkenalkan kategori baharu membabitkan artis antarabangsa iaitu Artis Korea Popular.

Antara yang tercalon adalah artis popular seperti BTS, Blackpink, Gong Yoo dan ramai lagi. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir berkata, kategori itu diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada artis antarabangsa yang mencipta nama di Malaysia.

Dengan kategori baru yang dicalonkan ini, pastinya ABPBH 32 akan mendapat sambutan yang lebih hangat. Umum mengetahui, rakyat Malaysia memang sedang obses dengan Kpop sekarang.

Untuk mengundi anda boleh layari https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-korea-popular. Siapa artis korea kegemaran anda?

Sumber Berita : Harian Metro & ABPBH

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 Comments

  1. nad

    August 5, 2019 at 3:39 pm

    Macam la mereka akan datang untuk accept anugerah

  2. syida

    August 1, 2019 at 2:02 pm

    ABPBH dah tkde duit la tu. Dengan adanya award ni dapat la duit drpd undi kpopers yang obses. please la tak yah membazir duit. bukannya artis kpop tu heran pun dgn anugerah ni.

  3. apis

    August 1, 2019 at 9:23 am

    ape ke bodoh award untuk org luar…ni award malaysia kan…bangang baik ko calonkan artis2 lama veteran yg dah senyap tu untuk kategori ni….at least org appreciate and tahu kewujudan dieorang..asik nk up kan org luar…alahaiii malaysiaa…eh orang korea pun tak pandang lah bnde2 mcmni..tak habes2 dgn org luar

  4. mama bawang

    July 31, 2019 at 12:28 pm

    mana abg zack zaidi ni.. tolong buat keje!

  5. puiii

    July 31, 2019 at 10:40 am

    Motif SEBENAR adalah untuk kaut untung dari undian sebab dorang tau kalau bab kpop ni fans memang supportive gila. ABPH batakk undi batak duit!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top