July 29th, 2019

Bahang kehangatan anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian kini kembali untuk edisi ke 32.

Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, ABPBH 32 pada tahun ini memperkenalkan kategori baharu membabitkan artis antarabangsa iaitu Artis Korea Popular.

Antara yang tercalon adalah artis popular seperti BTS, Blackpink, Gong Yoo dan ramai lagi. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir berkata, kategori itu diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada artis antarabangsa yang mencipta nama di Malaysia.

Dengan kategori baru yang dicalonkan ini, pastinya ABPBH 32 akan mendapat sambutan yang lebih hangat. Umum mengetahui, rakyat Malaysia memang sedang obses dengan Kpop sekarang.

Untuk mengundi anda boleh layari https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-korea-popular. Siapa artis korea kegemaran anda?

Sumber Berita : Harian Metro & ABPBH


34 responses to “Artis Korea Tercalon Di ABPBH 32”

  1. LOKTAR says:

    ARTIS MALAYSIA BELOM CUKUP PLASTIK

  2. hamba allah says:

    Ni marketing je ni dan cara senang nak dapatkan duit.. yelah..kalau nak undi banyak kan kena guna DUITNOW..sah2 peminat tegar K-POP pulun habis-habisan

  3. man says:

    Patutla Dato’ Lee Chong Wei bersara dah jadi artis KPOP rupanya. Kim Soo Hyun. #gurauje

  4. balqis says:

    artis2 korea ni kalau kalah pun x pndang sebelah mata, kalau menang pun kita agaknye yg kene bayar dorg dtg malaysia ambik award tuh. dah takde maruah ke malaysia ni? ada ke negara lain bagi anugerah kat artis luar buat duit kat negara diorg? bodoh.

  5. Hxnifrhnx says:

    Artis korea dh sah2 femes yg tercalon semua tu dh mmg femes satu dunia , dah x yah nk bgi awrd kat diorang . Biar negara lain bagi awrd

Loading...