Artis Korea Park Seo Joon Datang Malaysia, Rombongan Umrah ‘Ternganga’ Lihat Peminat Tak Keruan Di KLIA

Kehidupan

Artis Korea Park Seo Joon Datang Malaysia, Rombongan Umrah ‘Ternganga’ Lihat Peminat Tak Keruan Di KLIA

Bagi peminat drama bersiri Korea, pasti kenal aktor bernama Park Seo Joon dan terbaru, dia dikhabarkan sudah pun mendarat di Malaysia bagi menghadiri sesi meet & greet 300 pemenang bertuah Jom Minum MILO yang berlangsung di Sunway Pyramid, hari ini.

Salah satu inisiatif bagi peminat yang tidak memenangi peraduan itu untuk berjumpa dekat aktor berkenaan adalah dengan menyambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Advertisement

Susulan itu, terdapat seorang pengguna di TikTok memuat naik situasi ketika peminat memenuhi KLIA demi aktor kesayangan mereka serta individu terbabit sempat membandingkan dua situasi yang berbeza.

Individu bernama Ariff secara berseloroh membandingkan peminat yang tidak keruan sewaktu menyambut Park Seo Joon dan jemaah umrah yang berada di sisi satu lagi.

Jelas kelihatan dalam video itu, jemaah umrah ‘terlopong’ dan terhibur melihat telatah peminat tegar berlari mengejar aktor Korea berkenaan.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, netizen turut terhibur melihat situasi di KLIA itu dan perbezaan dua kelompok tersebut.

Tengku Ratu
1 year ago

"Dah Boleh Join K-Pop Ni!" - Kecantikan Tengku Ratu Buat Netizen Terpegun, Disamakan Dengan Artis Korea

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...