Artis Jangan Biarkan Diri Diperalat Sewenang-Wenangnya Oleh Mana-Mana Pihak – Zed Zaidi

Hiburan

Artis Jangan Biarkan Diri Diperalat Sewenang-Wenangnya Oleh Mana-Mana Pihak – Zed Zaidi

Akhirnya Presiden SENIMAN tampil memberikan sedikit kata-kata yang penuh hemah, berguna dan harus dijadikan panduan buat artis Malaysia. Ini semua gara-gara kontroversi yang melanda Diana Danielle yang telah ‘viral’ sejak semalam. Secara jujur, kata-kata Zed Zaidi ini adalah perkara asas yang harus diketahui oleh mana-mana artis. Tidak membiarkan diri diperalat, berfikir secara rasional dan tahu membezakan yang baik dan yang buruk. Artis juga manusia yang dikurniakan akal fikiran untuk berfikir seperti manusia lain. Pasti akan tahu impak negatif atau positif sesuatu perkara yang dilakukan.

zed zaidi

Advertisement

Kata Zed Zaidi:-

Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut.

Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatahlagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni

Namun begitu Zed Zaidi bersetuju dengan langkah berdiam diri yang diambil oleh Diana Danielle selepas gambar-gambarnya itu tersebar. Abang Nara juga bersetuju dengan Diana Danielle yang mengunci mulutnya. Orang kata bab ini komen salah, tak komen pun salah. Kata Zed Zaidi lagi:-

Tentang apa yang sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana). Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.

Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan akan jadi lebih buruk. Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti.

diana danielle

Sekali sekala Zed Zaidi bersuara memang ada benarnya kan? Mungkin Zed Zaidi selaku Presiden SENIMAN boleh membuat garis panduan tertentu untuk mengelakkan perkara sebegini berulang lagi. Kesian melihat artis-artis wanita kita diekploitasi walaupun dengan kerelaan sendiri. Apa pun buat Diana Danielle, jadikanlah ini sebagai pengajaran. Jangan ulang lagi kesilapan ini. Setiap kali nak buat photoshoot dan sebagainya, ingatlah status anda selaku seorang isteri dan ibu. Tak gitu? Sumber MalaysianDigest.

P.S: Hyundai Elantra facelift dilancarkan pada harga RM86K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...