October 19th, 2020

Daripada laporan Utusan Malaysia, terdapat segelintir artis dan Instafamous yang dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan dek mampu tampil mewah dalam sekelip mata sahaja.

Menurut sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan ini menerima bayaran sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 bagi satu malam untuk memuaskan nafsu orang kenamaan.

Aktiviti ini dikhabarkan sudah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat tak kisah menjual maruah sendiri demi ‘duit segera’. Bahkan, salah seorang suspek yang dikaitkan dengan ‘Macau Sacam’ baru-baru ini turut menjadi orang pengantara.

“Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.”

artis dibayar untuk lampias nafsu orang kenamaan

Tak cukup dengan pendedahan ‘panas’ itu, sumber mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai senarai nama artis dan Instafamous popular tempatan tersebut namun memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum.

“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya.”

Difahamkan bahawa orang tengah ini bukanlah mahu membuat duit daripada sindiket ini tetapi lebih kepada mahu membina reputasi dan pengaruh dalam ‘gelanggang’ tersebut.

Dalam pada itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial para artis dan Instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.

Sumber: Utusan


One response to “Artis & Instafamous Raih Hingga RM40,000 Satu Malam Bagi Puaskan Nafsu Orang Kenamaan”

  1. zack says:

    caca maembong dah para sahabat ….. get ready

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...