“Artis Gred C Memang Macam Ni Ke?”- Azhar Sulaiman Dikecam, ‘Petik’ Nama Artis Jadi Calon Jeneral Perang

Hiburan

“Artis Gred C Memang Macam Ni Ke?”- Azhar Sulaiman Dikecam, ‘Petik’ Nama Artis Jadi Calon Jeneral Perang

Tidak habis-habis dihentam, pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi menjadi tumpuan gara-gara hantaran Instagram miliknya yang meminta pengikut untuk memilih ketua Jeneral perang dalam kalangan selebririti jika terdapat kekacauan ‘olok-olok’ dalam negara.

Antara nama yang dipetik Azhar adalah seperti Catriona Ross, Faizal Tahir, Sharnaaz Ahmad, dirinya sendiri dan juga tidak ketinggalan, ‘Azhar Sulaiman Haters’.

Advertisement

Azhar sulaiman

Perang olok-olok. Kalaulah ada peperangan, you nak pilih siapa diantara kami untuk membuat strategi peperangan? Silalah buat undian anda.

Gara-gara hantaran tersebut, ramai netizen tampil mengecam pelakon drama Budak Tebing berkenaan dan memintanya untuk berhenti membuat ‘content’ seperti itu.

Namun begitu, Azhar tetap tampil mempertahankan diri di mana dia berkata bahawa dia sudah cuba mendiamkan diri namun masih ada pihak yang menghentamnya.

Azhar sulaiman

Saya dah diam, orang masih nak hentam saya. So kita pilih senang.

Antara komen yang menarik perhatian adalah ada yang beranggapan Azhar Sulaiman gemar mencari perhatian dan merupakan artis Gred C.

Azhar sebelum ini mendedahkan bahawa dia kehilangan beratus-ratus pengikut di aplikasi TikTok gara-gara tindakannya bersuara mengenai isu rakyat Palestin di Gaza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azhar sulaiman
6 months ago

"Axia Pun Sewa RM500 Di Sana" - Pelancongan Langkawi Makin Terjejas, Azhar Sulaiman Cadang Beberapa Idea Untuk Pulih Ekonomi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...