October 30th, 2012

Abang Nara mengakui kebenaran kata-kata Zed Zaidi mengenai artis daripada program realiti. Tidak semua, tetapi kebanyakan mereka sememangnya sekadar tangkap muat. Dalam erti kata lain, tidak berkualiti.

zed zaidi

Berkata kepada Sinar Online, Zed Zaidi menegaskan yang kebanjiran artis tidak berkualiti harus dikawal. Katanya:-

Segala bentuk usaha untuk mengeluarkan bakat baru itu bagus tetapi kena berpada-pada supaya kebanjiran artis tidak berkualiti dapat dikawal. Artis kita semakin lama semakin bijak dan berkualiti tetapi untuk lahirkan yang berkualiti itu semakin kurang. Artis sekarang, keluar saja memang tangkap muat. Apabila tak melalui proses yang sebenar seperti berdaftar dengan persatuan, ini yang berlaku. Jika seorang artis ini buat hal, habis semua artis lain terpalit sama dituduh salah dan buruk.

zed

Namun bagi Abang Nara, program realiti ini ada bagusnya jugak. Banyak artis terutamanya penyanyi berbakat besar yang berjaya dicungkil. Contoh Hafiz AF, Black Mentor, Mawi dan ramai lagi. Biasalah awal-awal keluar program realiti memanglah tak tahu nak buat apa. Jadi pihak pengurusan perlulah bertanggungjawap untuk membantu apa yang patut. Tak ke gitu?

P.S: Seni ukiran salji


45 responses to “Artis Daripada Program Realiti Sekadar Tangkap Muat – Zed Zaidi”

  1. not a fan of yours says:

    Dia ni sedar diri ke tak!.lakonan dia tak lah seberapa.no quality at all ada hati
    Nak mengata org..stop it eh with your cheapo attention seeking, irrelevant statements.

  2. hihuhihu says:

    zed zaidi ni dia kecoh sbb xdaftar melalui persatuan dia tu je. tak habis2 dgn persatuan! mutu lakonan kau serupa taik jugak!

  3. Nova says:

    Zed Zaidi again? tak habis-habis dengan cheap kontroversi dia..haizz..
    come on laa..Hero Remaja tu bukan program realiti ker?..at least artis yang lahir dari program realiti tu better than you..kalau movie tu setakat dua tiga empat bijik jer..drama pun lakonan tak berbakat..baik takyah nak komen lebih kondem artis lain..so far ada ke mamat ni menang apa-apa award? macam ”clean & clear” jer?…sudah-sudah laa tue ZZ..

Loading...