“Artis Bukan Tak Bijak, Tapi…” – Sharifah Shahirah Akui Perincian Dalam Kontrak Ada Masanya Mengelirukan

Hiburan

“Artis Bukan Tak Bijak, Tapi…” – Sharifah Shahirah Akui Perincian Dalam Kontrak Ada  Masanya Mengelirukan

Seperti yang diketahui umum, tular berita mengenai beberapa selebriti termasuklah ikon tempatan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.

Terbaru, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah telah mengeluarkan pendapatnya mengenai isu ini.

Advertisement

Memetik dari OhBulan!, Sharifah atau lebih dikenali sebagai Shiera berkata, selebriti di negara ini bukanlah tidak bijak tetapi ada kalanya pembabitan selebriti lain mendorong mereka untuk menerima sesuatu tawaran.

shiera sharifah shahirah

Pelakon itu juga berkata dia tidak pernah menjadi mangsa ‘scammer’ kerana menganggap dirinya hanyalah artis gred D.

Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah lagi dijerat sindiket penipuan yang mempergunakan artis.

 

Artis bukan tidak bijak, memang ada kontrak perlu ditandatangi tapi perincian dalam kontrak ada masanya mengelirukan.

 

 

Mereka akan terus bersetuju dan tidak fikir panjang apabila melihat adanya pembabitan selebriti lain berstatus ‘datuk’ kerana merasakan syarikat itu legit.

Dalam pada itu, dia juga tidak menafikan bahawa tawaran yang lumayan boleh menyebabkan seseorang itu ‘sesat’.

shiera sharifah shahirah

Susulan itu, dia memaklumkan bahawa dia akan menyelidik terlebih dahulu sekiranya dia mendapat tawaran yang tidak masuk akal.

Tawaran yang saya terima kebanyakannya produk makanan keluarga, setakat ini belum pernah lagi saya dilamar syarikat perunding kewangan.

 

Siapa tidak mahu tawaran lumayan? Saya akui boleh ‘sesat’ kalau dapat tawaran hampir setengah juta.

 

Tapi kalau betul, timbul juga rasa was-was. Bukan apa risau juga dari mana mereka dapat wang sebanyak itu kerana selalunya syarikat besar lagi berkira.

Terdahulu, beberapa nama selebriti terkenal tanah air dipetik sebagai antara selebriti yang bakal dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan dalam operasi Ops Sky. Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit dan seorang individu awam.

op sky tiga selebriti dipanggil
1 day ago

Op Sky: Penyanyi Terkenal, Ikon Inspirasi Dipanggil SPRM Berhubung Kes Penggubahan Wang Haram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...