Baru-baru ini, nama primadona Malaysia iaitu Erra Fazira menjadi bualan ramai setelah dirinya bersalaman dengan vokalis kumpulan rock Wings, Datuk Awie sewaktu bertemu dalam sebuah majlis berbuka puasa di sebuah hotel.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh pihak hotel tersebut di laman Instagram, Erra menunduk kepala sambil bersalaman dengan Awie selepas saja ahli kumpulan Wings itu hadir.
View this post on Instagram
Perkongsiaan video tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya mempertikaikan tindakan kedua-dua selebriti tersebut bersentuhan sedangkan bukan muhrim.
Walaupun menerima kritikan ramai pihak, ada juga sesetengah netizen memuji Erra kerana menghormati Datuk Awei sebagai abang.