November 24th, 2016

Arja Lee bukan sahaja dikenali menerusi lakonannya tetapi beliau juga kini aktif memenuhi undangan untuk tampil diatas pentas bagi  acara “fesyen show”.

Pada kebiasaannya, acara berkenaan pasti akan diadakan di pusat-pusat hiburan dan mula ada pihak yang menimbulkan spekulasi kononnya Arja ada meminum arak.

Walaubagaimanapun, tuduhan itu tidak benar . Arja masih lagi tahu menjaga batasnya sebagai seorang lelaki Islam.

Selalunya memang ada yang buat fesyen show di pusat hiburan atau kelab, malah ada juga fesyen berskala besar menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat fesyen show. Tapi saya tidak minum alkohol apatah lagi melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Arja akui, kadang-kadang foto yang diambil ketika beliau berada di kelab malam boleh mencetuskan kontroversi, tetapi beliau mempunyai cara tersendiri untuk tidak terlibat dalam perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Pun begitu, ia bergantung pada gambar yang diambil adalah sangat penting. Katakanlah ada sepuluh klien dan mereka minum kemudian mahu bergambar dengan saya, kebiasaannya mereka sudah faham dan menjaga imej saya.

Contohnya ketika bergambar, mereka dan saya akan pastikan tiada yang memegang gelas ketika gambar diambil. Sebab selepas itu sudah tentu gambar yang diambil akan dimuat naik ke laman sosial. Jadi saya perlu berkorban banyak perkara dan begitulah saya mengambil keputusan bijak supaya tidak terlibat dengan sebarang kontroversi lagi.

Jangan mudah menghakimi seseorang hanya kerana mereka bekerja didalam persekitaran yang mungkin penuh dengan unsur-unsur “negatif”.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...