Tidak kurang juga ada pihak yang mencetuskan spekulasi bahawa Arja tentu sekali mempunyai koleksi video tidak senonoh yang lain didala telefon bimbitnya itu.
Walaubagaimanapun Arja menerusi mStar Online berkata, beliau sama sekali tidak menyimpan video lain yang tidak senonoh dan tidak risau jika ada video lain yang disebarkan.
Selain video yang menjadi perbualan baru-baru ini saya tidak ada merakamkan video lain yang tidak senonoh dalam telefon berkenaan. Saya tidak risau jika akan ada video lain akan disebarkan kerana memang tiada.
Menjawab beberapa persoalan bagaimana pencuri tersebut dapat mengakses telefom bimbit Arja sedangkan semua telefon pintar pada zaman ini mempunyai “passwordâ€, Arja menjelaskan beliau seorang yang pelupa dan memang tidak meletakkan sebarang “passwordâ€.
Saya ini orangnya pelupa dan sebab itu tidak letakkan sebarang kata laluan tambahan pula tiada benda yang ingin saya sorok daripada orang terdekat saya. Keluarga dan pembantu saya boleh buka telefon saya pada bila-bila masa kerana pada kebanyakan masa ia berada dengan mereka.
Arja sebenarnya tidak bermaksud untuk memaparkan video peribadinya kepada umum dan memohon maaf atas apa yang berlaku dan menjadikan perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat beliau di masa hadapan.