March 10th, 2015

Arja Lee, agak lama juga kita tidak melihat lakonan beliau bukan? Kali terakhir ialah ketika drama bersiri Misiku Kuza 2 ditayangkan. Peminat mula bertanya, mana hilangnya Arja.

Terdapat beberapa pihak yang mendakwa Arja kini kurang tawaran untuk berlakon kerana telah diboikot oleh produser drama. Perkara tersebut terjadi apabila Arja telah menolak satu tawaran lakonan.

Namun, Arja yang merasa sedikit terkilan dengan perkara tersebut menjelaskan beliau menolak tawaran itu  secara baik atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ia berpunca pada satu tawaran lakonan yang saya terpaksa menolak  atas sebab-sebab tertentu, saya tolak disebabkan komitmen kerja dan fokus saya terhadap dengan satu produksi lain.

Saya memang tolak cara baik, tidak berkasar dan bahasa saya cakap pun tidaklah menyakitkan hati, itu saya berani jamin, tetapi lain pula jadinya sehingga disalah tafsir mengatakan saya demand.

Arja sebenarnya tidak mahu mengambil terlampau banyak tawaran dalam satu masa kerana  tidak mahu menimbulkan sebarang kecelaruan dan masalah ketika bekerja. Buat Arja, beliau mahu menjaga kualiti dalam kerjanya.

Dalam melakukan sesuatu, kita haruslah menjaga kualiti kerja kita. Kami rasa isu boikot ini hanya berdasarkan rasa tidak puas hati dan salah faham. Tidak mengapalah, rezeki itu ada dimana-mana sahaja dengan pelbagai cara, jangan cepat putus asa dan mengalah.

Sumber Berita: Murai

 

 


Comments are closed.

Loading...