Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Arja Lee Akui Sedang Bercinta Dengan Shima Anuar

Dalam diam rupanya Arja Lee sedang menyulam cinta dengan seorang pelakon naungan MIG Talent, Shima Anuar. Abang Nara yakin ramai gadis di luar sana yang kecewa kerana tidak lagi berpeluang mengorat pelakon kacak ini. Pengakuan Arja Lee ini menunjukkan ke”gentleman” dan kemachoannya. Kalau dah cinta, tak perlu sorok-sorok takut saham jatuh. Tak gitu?
arja lee bercinta shima anuar

Bukan setakat mengaku bercinta, Arja Lee juga turut memberitahu perancangannya untuk mendirikan rumahtangga pada umur 33 tahun. Untuk makluman, pelakon kacak ini kini berusia 30 tahun. Kata Arja Lee menerusi Berita Harian:-

Advertisement

Ya saya memang mempunyai teman wanita. Apabila bercakap mengenai temawan wanita, saya ada dia saja (Shima Anuar), tiada lain. Saya sangat serius dengan dia sebab saya sudah mengenali dia lebih kurang setahun dan rasanya semua tahu dia siapa.

Kalau nak cakap pasal tahap seterusnya, saya tengah sibuk dan dia pun sibuk, jadi rasanya kami tidak terlalu tergesa-gesa ke arah membina rumah tangga.

Saya merancang untuk berkahwin pada umur 33 tahun, jadi ada 3 tahun lagi. Dia pun masih muda dan isu kahwin ini tiada masalah bagi dia. Saya tidak berfikir untuk terus berkahwin dan bertunang dalam masa terdekat tapi kami memang rapat. Sekiranya bukan jodoh saya dengan dia, kami masih lagi berkawan baik.

arja lee bercinta shima anuar

Umur 33 tahun untuk lelaki cantik benar dah untuk berkahwin. Kalau ikut orang kita, dah agak lambat sebenarnya. Harap perancangan Arja Lee akan menjadi kenyataan. Kalau hati betul dah suka, nak cepatkan majlis pun bagus jugak. Tak perlu bercinta lama-lama. 3 tahun macam-macam boleh jadi. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top