Arif Dollah Dedah Siapa Sebenarnya Yang Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tegar

Hiburan

Arif Dollah Dedah Siapa Sebenarnya Yang Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tegar

Menerima pelbagai tomhana atas dakwaan telah mencabul penyanyi Tegar, Arif Dollah semalam telah mendedahkan  individu sebenar yang telah melakukan gangguan seksual  seperti yang di akui olehTegar sebelum ini kepadanya.

Advertisement

Menurut Arif, beliau terkejut mengapa beliau pula yang dituduh melakukan perkara berkenaan sedangkan Tegar mengadu gangguan seksual itu dibuat oleh individu lain yang juga terlibat dalam dunia hiburan.

Individu berkenaan saya kenal dan terlibat juga dalam industri hiburan dan saya terkejut apabila Tegar mengadu lelaki berkenaan melakukan gangguan seksual kepadanya.

Bagaimanapun saya terkejut apabila perkara yang pernah dia beritahu kepada saya sebelum ini tiba-tiba berubah apabila Tegar mendakwa saya pula yang melakukan perkara tidak bermoral terhadapnya itu.

Wahal sebelum ini dia sendiri mengadu kepada saya tentang perbuatan lelaki berkenaan tetapi saya tidak boleh ambil tindakan kerana tidak lihat dengan mata sendiri.

Enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki berkenaan, Arif akan tetap memastikan individu tersebut tampil untuk menjelaskan segala yang berlaku dan sekaligus membersihkan nama Arif.

Tambah Arif, sejak beliau dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar beliau sama sekali tidak pernah bertemu empat mata dengan penyanyi tersebut.

Tiada sebab untuk berjumpa dengannya malah ia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula nanti. Biarpun begitu saya tetap mendoakan kejayaannya kerana dia adalah seorang berbakat besar dan apa yang terjadi bukan salahnya tetapi atas hasutan orang lain.

Namun, ia tidak bermakna Arif akan menarik balik samannya terhadap Tegar dan akan tetap meneruskan niatnya itu kerana Tegar sudah memberikan kenyataan palsu kepada pihak polis sehingga mencalarkan imej Arif.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...