Nazriel Irham atau Ariel merasa gembira, kerana akhirnya dia boleh menghirup udara kebebasan. Banyak perancangan yang akan dilaksanakan Ariel setelah bebas. Namun, untuk sementara waktu dia ingin menyepi dahulu. Mengapa? Ujar Ariel apabila ditemui di sebuah hotel di Bandung:-
Jangan cari saya di rumah ya, beberapa hari ini sampai minggu ketiga, saya tidak ada di rumah. Saya ingin merehatkan otak dulu.
Ariel tak bersedia memberitahu ke mana dia akan pergi setelah bebas. Bekas kekasih Luna Maya ini pun ada meminta wartawan untuk tidak datang ke rumahnya.
Kasihan orang tua saya, biar mereka tenang dulu.
Ariel mengaku ingin menyendiri untuk menenangkan fikiran. Dia juga tidak mahu menghadiri sebarang majlis keramaian untuk sementara waktu. Vokalis Peterpan ini ingin menumpukan perhatian kepada buku yang sedang ditulisnya. Lantas, bagaimana dengan tawaran show yang sudah mulai datang?
Sejumlah tawaran show, nanti boleh difikirkan lagi.
Sekadar informasi: Ariel bebas dari Rutan Kebon Waru pada Isnin, 23 Julai semalam setelah dipenjarakan kerana didapati bersalah tentang kes video lucah. Setelah bebas, Ariel bersama Peterpan mengadakan acara kesyukuran dengan berbuka puasa bersama peminat Peterpan. – VIVANews