Ariel Peterpan ataupun lebih dikenali sebagai Ariel Peterporn bakal keluar daripada penjara Sabtu, 23 Oktober ini. Tempoh tahanan Ariel untuk membantu siasatan polis sudah pun tamat. Nampaknya kes ini tidak dapat dibawa ke mahkamah kerana tidak cukup bukti untuk mengesahkan yang Ariel adalah orang bertanggungjawap menyebarkan video lucahnya bersama Luna Maya dan Cut Tari.
Adakah Ariel Peterpan sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya lagi? Atau mungkinkah Ariel akan mencari mangsanya yang baru selepas keluar dari penjara? Mengikut firasat hati kami, Ariel sebenarnya sudah kesal dengan perbuatannya. Kemungkinan besar Ariel telah insaf dan telah pun berubah. Dengar ceritanya Ariel baik dengan seorang ustaz semasa berada di dalam tahanan.
Namun ada pihak yang membantah pembebasan Ariel Peterpan. Seketariat Forum Umat Islam katanya bakal melakukan demonstrasi aman untuk membantah pembebasan Ariel. Menurut mereka, banyak kes rogol yang terjadi selepas video klip 3gp Ariel tersebar luas. Mungkin ramai yang teruja dan mahu mencontohi kehebatan Ariel Peterpan.
Sebenarnya inilah masa rakan-rakan dan keluarga Ariel untuk memberikan sokongan moral apabila Ariel dibebaskan kelak. Sudah tentu Ariel mengalami tekanan yang tinggi sepanjang berada dalam penjara. Peranan kawan-kawan dan keluarga sangat penting supaya Ariel tidak bertambah tertekan. Dan semestinya Ariel perlukan nasihat daripada mereka-mereka yang rapat darinya. Paling penting, rakan-rakan dan keluarga kenalah selalu pantau Ariel. Kang tiba-tiba keluar lagi satu 3gp baru.
Apa pendapat korang? Wajar ke tak wajar Ariel dibebaskan?