Penyanyi antarabangsa, Ariana Grande mencetuskan tanda tanya buat lebih 90 juta pengikutnya di laman sosial Twitter apabila mereka gagal menemukan akaun selebriti kesayangan mereka itu.
Grande dipercayai telah menutup akaun Twitter miliknya tanpa memberitahu para peminat yang gagal menemukan akaun penyanyi itu sewaktu ingin memberi ucapan Merry Christmas pada 25 Disember lalu.
Tindakan Grande yang tiba-tiba menghilang dari radar Twitter menimbulkan tanda tanya memandangkan dia adalah salah satu artis yang cukup aktif berinteraksi di media sosial.
Menurut laporan The International News, carian pada nama akaun @arianagrande kini tidak dapat menemukan artis itu lagi.
Akaun yang anda cari tidak wujud. Cuba dengan menggunakan carian lain.
Tindakan penyanyi lagu Positions itu telah membuatkan namanya trending di laman sosial tersebut.
Walaubagaimanapun, Grande dilihat tidak menghapuskan akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 249 juta pengikut.
Malah, dia dilihat sempat memberi ucapan ringkas kepada pengikutnya yang merayakan perayaan Hari Natal dua hari lalu.
Baca: Rasa Lengan Disentak, Salman Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Dipatuk Ular