Argentina Buat Persediaan Awal, Gali 250 Kubur Untuk Mangsa COVID-19

Trending

Argentina Buat Persediaan Awal, Gali 250 Kubur Untuk Mangsa COVID-19

Wabak COVID-19 sangat meninggalkan kesan kepada setiap negara di seluruh dunia. Mana tidaknya, walaupun segala usaha telah dilakukan jumlah kes positif dan kematian terus meningkat hari demi hari.

Oleh itu, segala persiapan awal telah dilakukan di beberapa buah negara bagi menghadapi kes kematian yang berpunca daripada wabak itu.

Advertisement

Baca: Ukraine Gali 600 Kubur Sebagai Persiapan Awal Hadapi Kes Kematian COVID-19

Baru-baru ini dikhabarkan, pihak berkuasa bandar Cordoba di Argentina telah mengarahkan beberapa orang untuk menggali sekitar 250 kubur bagi menghadapi sebarang kemungkinan kematian di negara tersebut.

Lima hingga enam lubang digali oleh setiap seorang dalam sehari. 

Gambar hiasan

Difahamkan, usaha ini dilakukan supaya negara tersebut dapat menghadapi senario terburuk yang berpunca dari wabak itu, berikutan lebih daripada 1.9 juta telah disahkan positif di seluruh dunia dan sekurang-kurangnya 115,242 kematian.

Menurut Kesatuan Tempatan yang melaksanakan tugas tersebut, mereka turut merancang untuk menggali 250 kubur lagi di sekitar San Vicente pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, Argentina telah bertindak secara agresif dalam memerangi wabak tersebut dengan melaksanakan ‘lockdown’ dan menutup sempadan semenjak pertengahan bulan Mac. Pelaksanaan tersebut telah berjaya membantu memperlambat kenaikan kes positif di negara tersebut, yang kini hanya mencatat lebih dari 2,200 laporan dan 95 kematian.

Wilayah Cordoba adalah wilayah utama yang mempunyai penduduk kedua paling ramai selepas Buenos Aires. Wilayah itu telah melaporkan sekurang-kurangnya 206 kes dan 5 kematian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...