Semalam, difahamkan melalui perkongsiaan seorang individu di Threads, salah seorang selebriti yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ardell Aryana telah membuat live tetapi dalam tempoh yang sekejap sahaja.
Menurut individu tersebut, Ardell atau nama sebenar, Nurul Hidayah Mohd Amin menangis sambil memohon maaf kepada orang ramai sekiranya dia tidak mampu lagi untuk meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza susulan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik.
Biarpun begitu, ramai netizen yang mempertahankan pelakon tersebut dengan mengatakan dirinya tidak perlu berasa bersalah.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar Ardell sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja supaya dia boleh meneruskan misi dan menghulurkan bantuan kepada saudara Islam di Gaza, Palestin.
Sekadar info, Global Sumud Flotilla merangkumi lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 44 negara, termasuk tokoh hak asasi manusia, doktor dan sukarelawan kemanusiaan dan misi tersebut mengulangi usaha antarabangsa terdahulu untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada Gaza.