Sejak berkahwin, pasangan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa semakin popular dalam kalangan netizen tempatan. Walaupun dahulu, mereka berkawan sahaja tetapi atas usaha gigih lelaki itu, akhirnya Ardell mahu menerimanya sebagai pasangan hidup.
Sebelum ini, ramai yang kurang mengenali kedua mereka kerana tidak pernah muncul dalam sebarang drama sebagai teraju utama. Tetapi selepas berkahwin, rezeki mereka kian bertambah sehinggalah Nadzmi juga telah pun menjadi pelakon utama bagi filem ‘Anak Perjanjian Syaitan’ yang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.
Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh mereka pasti akan mendapat perhatian netizen. Terbaru, Ardell dan Nadzmi telah memuat naik gambar mereka di sebuah pusat membeli-belah bagi menonton wayang di laman Instagram.
Walaupun berada di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal, Ardell dan Nadzmi tidak segan untuk hanya memakai kain pelikat. Bahkan mereka kelihatan gembira dengan penampilan ‘selamba’ itu.
Walaubagaimanapun, penampilan pasangan itu telah menerima kritikan para netizen. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa kedua-duanya kelihatan selekeh dan tidak terurus.
Netizen turut menyelar pasangan baru berkahwin ini sebagai ‘attention seeker’ dan buat publisiti murahan kerana memuat naik gambar seperti ini.