Ardell Aryana Kembali Pulih & Teruskan Misi GSF – “Walaupun Doktor Suruh Pulang Tapi..”

Hiburan

Ardell Aryana Kembali Pulih & Teruskan Misi GSF – “Walaupun Doktor Suruh Pulang Tapi..”

Pelakon Ardell Aryana, yang kini menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza, dilaporkan sudah kembali sihat selepas mengalami masalah kesihatan beberapa hari lalu.

Perkhabaran itu disampaikan oleh Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, menerusi hantaran di Instagram yang turut memaparkan Ardell kelihatan bersemangat untuk meneruskan perjalanan bersama aktivis lain.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iylia Balqis (@iyliabqs)

Tulis Musa,

Dia (Ardell) antara sosok yang paling mencuri tumpuan dalam misi kali ini. Ada yang meremehkan, kata Kak Ardell lemah dan tak cukup fit. Hari ini, Kak Ardell kembali ke botnya selepas beberapa hari berehat di bot lain. Kembali dengan penuh semangat.

Menurutnya, meskipun Ardell telah dinasihatkan untuk pulang kerana keadaan kesihatan, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu tetap berkeras mahu menyelesaikan misinya. Tambahnya,

Walaupun diuji dengan demam, dia tetap berusaha menjalankan tugas di atas kapal. Malah, ketika doktor menyarankan supaya pulang, dia berkali-kali hubungi saya dan sebut, ‘Saya masih boleh bertahan, saya nak teruskan sampai ke bumi G.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Ardell kembali pulih dan mendoakan agar seluruh misi kemanusiaan ini dipermudahkan.

Terdahulu, Nadzmi mendedahkan isterinya kurang sihat hingga terpaksa menjalani rawatan drip, namun Ardell tidak memberitahu keluarganya lebih awal kerana enggan mereka risau dengan keadaannya.

nadzmi adhwa
2025-09-24 15:04:24

Dipersoal Tak Ikut Ardell Ke GSF, Nadzmi Adhwa 'Naik Angin' - "Ada Hantar Nama Tapi Tak Terpilih"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...