Ardell Aryana Antara Aktivis Yang Direntap Tudung Oleh Israel, Pulang Dengan ‘Hijab’ Lain

Trending

Ardell Aryana Antara Aktivis Yang Direntap Tudung Oleh Israel, Pulang Dengan ‘Hijab’ Lain

Kelibat sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika tiba di Turki selepas dibebaskan pihak berkuasa Israel, menjadi tumpuan ramai yang ternanti-nanti perkembangan berita tentang mereka.

Banyak video yang kini tular di media sosial memaparkan para aktivis masih mampu mengukir senyuman selepas ditahan dan diperlakukan seperti haiwan oleh Israel.

Advertisement

rakyat Malaysia GSF dibebaskan

Antara yang mencuri tumpuan adalah Ardell Aryana yang sebelum ini keberadaannya menjadi tanda tanya dan kemudian disahkan telah ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Keaadaan Ardell yang menggunakan t shirt berwarna putih sebagai hijab untuk menutup kepalanya telah menyentuh hati ramai.

Bukan hanya Ardell tetapi beberapa aktivis lain juga dilihat tidak memakai tudung yang sama seperti yang dipakai di atas kapal sebelum ditahan.

Aktivis Turki, Semanur Sonmaz Taman mendedahkan tentera Israel telah mengasari dengan mencabut tudung aktivis wanita yang ditahan di penjara.

Rakan aktivis wanita yang tidak memakai tudung kemudian memberikan mereka (sukarelawan Muslim) baju untuk menutup kepala.

 

View on Threads

 

Greta Thunberg diseksa rejim Israel
2025-10-05 11:18:02

Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut, Dipukul & Dipaksa Cium Bendera Isra*l - "Dilayan Seperti Haiwan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...