“Arak Bukan Keperluan Asas” – Ismail Sabri Setuju Kilang Minuman Keras Ditutup

Trending

“Arak Bukan Keperluan Asas” – Ismail Sabri Setuju Kilang Minuman Keras Ditutup

Terkini, semua kilang minuman keras di seluruh negara telah  diarahkan tutup serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hari ini bersetuju supaya kilang terbabit ditutup seperti mana sektor perkilangan lain.

Advertisement

Pada waktu ini, semua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja”

Bagaimanapun, beliau berkata, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

Ini susulan penularan info di media sosial mengenai surat kebenaran operasi bagi kilang minuman keras sepanjang tempoh Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) yang berkuat kuasa hari ini.

Kebenaran itu nyatanya memberi maklum balas yang pelbagai dari masyarakat dan rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan untuk kilang itu terus beroperasi.

Terdahulu, surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) itu mengesahkan pendaftaran syarikat berkenaan di dalam sistem MITI – Covid-19 Intelligent Management Sistem (CIMS 3.0) di bawah sektor makanan dan minuman.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...