Individu dan pihak yang didapati melanggar permit peraturan menunaikan haji pada musim bakal dikenakan hukuman denda sehingga SAR100,000 (RM115,575).
Pengumuman itu dibuat Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang berkata hukuman tersebut akan mula berkuatkuasa dari 1 Zulkaedah hingga 14 Zulhijjah.
Berikut adalah kesalahan yang akan dikenakan denda sekiranya didapati bersalah:
- Individu yang ditangkap menunaikan atau cuba menunaikan haji tanpa permit, dan ke atas pemegang semua jenis visa lawatan yang cuba masuk atau tinggal di bandar Mekah dan tempat suci dalam tempoh ditetapkan
- Sesiapa yang memohon visa lawatan bagi individu yang sudah menunaikan atau cuba mengerjakan haji tanpa permit, atau yang sudah memasuki atau tinggal di kota Makkah dan tempat-tempat suci dalam tempoh yang ditetapkan
- Sesiapa saja yang membawa atau cuba membawa pemegang visa lawatan ke Mekah dan tempat suci dalam tempoh ditetapkan
- Mereka yang berteduh atau cuba melindungi pemegang visa lawatan di mana-mana penginapan termasuk hotel, pangsapuri, perumahan persendirian, tempat perlindungan atau tapak perumahan jemaah haji.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata denda akan berlipat kali ganda bagi setiap individu yang terbabit serta individu yang dilindungi, disembunyikan atau dibantu.
Denda akan dikenakan berlipat kali ganda bagi setiap individu yang terbabit.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi juga menegaskan, sesiapa yang memasuki secara haram untuk menunaikan haji termasuk penduduk akan dihantar pulang ke negara mereka dan dilarang memasuki negara itu selama 10 tahun.
Hukuman keempat dikenakan ialah mahkamah akan diminta menyita kenderaan darat yang digunakan untuk membawa pemegang visa lawatan ke Mekah dan tempat suci dalam tempoh yang ditetapkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.