Arab Saudi Pancung 37 Orang Terlibat Kegiatan Pengganas Dalam Sehari

Kehidupan

Arab Saudi Pancung 37 Orang Terlibat Kegiatan Pengganas Dalam Sehari

Arab Saudi telah melaksanakan hukuman pancung secara besar-besaran terhadap 37 orang pesalah semalam yang didakwa terbabit dalam kegiatan pengganas.

Menurut agensi berita rasmi negara itu, Saudi Press Agency (SPA), hukuman mati dilaksanakan terhadap mereka yang cuba ‘menjejaskan keselamatan’ dan ‘menyebabkan huru-hara’.

Advertisement

Hukuman mati itu dilaksanakan terhadap sejumlah penjenayah yang mengamalkan ideologi pelampau pengganas dan menubuhkan kumpulan pengganas bagi menjejaskan keselamatan selain menyebabkan huru-hara.

Kenyataan itu bagaimanapun, tidak memberi penjelasan lanjut kesalahan pesalah terbabit.

Ia menjadi pelaksanaan hukuman bunuh terbesar dalam masa sehari di Arab Saudi sejak Januari 2016 apabila 47 orang dipancung.

 

Raja Arab Saudi, King Salman

Menurut SPA, sebahagian pesalah itu terbabit dalam serangan bom terhadap ibu pejabat pihak keselamatan, menyebabkan kematian anggota keselamatan dan bekerjasama dengan ‘pertubuhan musuh’.

Al Jazeera melaporkan, hukuman mati itu dilaksanakan di Riyadh, Makkah, Madinah, wilayah Qassim dan Wilayah Timur dengan dua mayat pesalah digantung pada tiang sebagai amaran kepada orang lain.

Amnesty International menyatakan 14 daripada pesalah terbabit menyertai bantahan anti-kerajaan di Wilayah Timur pada 2011-2012.

Sementara itu, Reuters melaporkan, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), Michelle Bachelet, yang mengecam pelaksanaan hukuman mati itu berkata, sebahagian besar mereka adalah minoriti Shiah yang mungkin tidak dibicarakan secara adil.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka bawah umur ketika hukuman dijatuhkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Geneva.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...