Arab Saudi Benarkan Pasangan Pelancong Belum Berkahwin Kongsi Bilik Hotel

Trending

Arab Saudi Benarkan Pasangan Pelancong Belum Berkahwin Kongsi Bilik Hotel

Kalau di Indonesia, kerajaan memperkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah. Mana-mana pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000).

Namun, lain pula di Arab Saudi dimana pihak kerajaan membenarkan pelancong asing bukan mahram berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan status hubungan mereka selepas melancarkan visa pelancongan baru bagi menarik pelancong. Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.

Difahamkan ia juga bertujuan untuk memudahkan wanita yang melancong secara solo dan membolehkan pasangan yang tidak mempunyai hubungan sah menginap bersama di negara tersebut. Bukan itu sahaja, wanita tempatan juga kini boleh menyewa bilik secara persendirian dengan hanya menunjukkan pengenalan diri apabila mendaftar masuk ke hotel.

Advertisement

arab saudi pasangan bukan mahram kongsi bilik hotel

Pelancong juga tidak perlu menutup aurat sepenuhnya ataupun berjubah hitam tetapi harus berpakaian sopan. Bagaimanapun, alkohol masih diharamkan di negara tersebut.

Apa pendapat anda tentang pembaharuan ini? Mungkin industri pelancongan Arab Saudi akan terus berkembang tetapi adakah ia akan membawa kepada masalah sosial lain? 

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...