Arab Saudi Akan Pilih Negara Mana Yang Boleh Hantar Jemaah Untuk Tunaikan Umrah

Trending

Arab Saudi Akan Pilih Negara Mana Yang Boleh Hantar Jemaah Untuk Tunaikan Umrah

Pastinya ramai umat Islam di seluruh dunia yang terpaksa menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah gara-gara virus COVID-19 yang melanda.

Walaupun baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah mengumumkan pembukaan sempadan untuk jemaah asing menunaikan umrah bermula 1 November ini, namun negara mana yang dibenarkan untuk menghantar jemaah mereka akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam masa terdekat ini.

Advertisement

Sama-samalah kita doakan agar Malaysia termasuk di dalam negara yang terpilih.

Menerusi wawancara di stesen TV bersama saluran al-Ekhbariya, Benten menyatakan negara itu akan menyediakan laluan elektronik khas untuk ketibaan dan penerbangan pulang para jemaah haji pada musim akan datang. Ketika disoal tentang langkah menyambung semula ibadah umrah kepada jemaah tempatan pada 4 Oktober ini, beliau memberitahu hanya 12 kumpulan jemaah dibenarkan melakukan umrah dalam tempoh 24 jam di bawah fasa pertama.

“Mereka akan dibahagikan kepada kumpulan yang bakal diiringi seorang profesional kesihatan. Hanya jemaah berusia antara 18 dan 65 tahun dibenarkan menunaikan ibadah umrah di bawah fasa pertama ini,” jelasnya sambil menambah tiada bayaran dikenakan untuk permit umrah.

Menurutnya, jemaah umrah juga perlu mengisi butiran peribadi untuk prosedur masuk ke Masjidil Haram di Makkah melalui aplikasi ‘I’tamarna’ bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka. Warga tempatan dan ekspatriat bersama keluarga mereka di Saudi dibenarkan memuat turun aplikasi umrah tersebut yang disediakan sejak kelmarin untuk pengguna iOS dan Android. Difahamkan, aplikasi ‘I’tamarna’ perlu dimuat turun kira-kira tujuh hari sebelum ibadah umrah fasa pertama bermula.

Info Tambahan:-

1. Di bawah fasa pertama, rakyat tempatan dan ekspatriat dibenarkan melakukan ibadah umrah pada kapasiti 30 peratus bermula 4 Oktober ini.

2. Ia meliputi 6,000 jemaah sehari bertepatan dengan langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan di Masjidil Haram di Makkah.

3. Hanya 12 kumpulan terdiri daripada 500 jemaah dibenarkan menunaikan ibadah umrah dalam tempoh 24 jam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...