April 28th, 2018

Sejak kebelakangan ini, dengan kewujudan teknologi live di media sosial, beberapa filem yang sedang ditayangkan di pawagam telah disiarkan secara live di media sosial oleh penontong wayang tidak bertanggungjawab. Antara filem yang menjadi mangsa ialah Sejoli dan KL Wangan.

Terbaru, penyanyi Ara Johari telah menerima kritikan hebat kerana memuat naik sebahagian rakaman filem Avengers: Infinity War yang sedang ditayangkan ke IG Story.

Apa yang lebih mengejutkan, dia enggan mengakui kesalahannya dan memuat naik jawapan-jawapan tidak matang mengenai kecaman yang diterima untuk membalas kritikan itu seolah-olah ingin mencabar pihak tertentu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Ara dilihat mencabar Netizen dengan mendakwa dia seronok dikecam atas sebab itu dan kerana jarang menjadi tumpuan. Malah, dia mendakwa melakukannya untuk memasarkan filem itu sedangkan bahagian yang disiarkan telah membocorkan plot penting buat mereka yang belum menonton dan tidak pernah digunakan oleh Marvel sendiri sebagai teaser atau treler.

Perbuatan itu juga melanggar Akta Hakcipta 1987 tetapi nampaknya Ara tetap berdegil dan mendakwa dia tahu perbuatan itu melanggar undang-undang.

Sementara itu, pihak GSC Cinema telah mengeluarkan IG Story di Instagram mereka menyatakan kekecewaan atas sikap Ara Johari.

Dia kini telah memadam Story itu dan meminta maaf tanpa memberi sebarang kenyataan lanjut.

Sementara itu di Twitter ramai memberi pandangan menghentam Ara:



Mungkin perkara yang paling elok dilakukan ialah menguatkuasakan undang-undang memandangkan terdapat bukti jelas bahawa Ara Johari telah melanggar akta ini, dan tahu dia melanggar undang-undang. Lebih mengecewakan Ara sendiri ialah seorang aktivis dalam bidang seni.

Dengan cara ini, penonton wayang akan menjadi lebih celik undang-undang serta peka dengan hakcipta dalam bidang perfileman. – beautifulnara.com


57 responses to “Ara Johari Dikecam Rekod Avengers Di IG Story, “IG Iols, Suka Hati Iols Nak Rekod Apa Pun””

  1. nerofbb says:

    Seriously?? bukan nak salute korean artist ke apa, tapi diorg punya culture dlm dunia artist is like, peminat tu sgt mereka hormati. diorg appreciate. bukan kat malaysia. peminat tegur je, artis melenting. padahal lagu pun baru satu tu je… makcik bawang kat gombak batu 6 pun tak kenal ko.

  2. Nana says:

    Ara ni sapa? Pls lah..dok wat sempoi gelemboi boleh aihh. Spoiler is not fun!

  3. Anonymous says:

    Bila otak n akal tak berfikir dgn sebaik2nya..bila nk buat sesuatu kena fikir akibatnya..gunakn daya fikir yg bijak..bila org kata bebal pasti marah kannn..

  4. Anonymous says:

    antara reason aku stress bila tgok movie skarang..org suka check,main fon tengah show,record2…cakap kuat2..dan paling aku benci..org yg suka letak kaki kat seat depan dia..dah skrin tu nmpk kaki kau je..vangang!

  5. bangchik says:

    sorry bukan nak backup dia. tapi why make a comparison between less than 10 second preview dengan “lepasni orang download lagu kau pirate je. takpayah susah susah beli” ?

    bagi aku tak relevan perbandingan tu.

Loading...