Aprillia RS660 Lancar Di Malaysia, ‘Adik’ Kepada RSV4

Automotif

Aprillia RS660 Lancar Di Malaysia, ‘Adik’ Kepada RSV4

Siapa yang sukakan dunia permotoran pasti tahu dengan jenama Aprillia, betul tak? Kalau korang nak tahu, ada sportbike jenama Aprilla terbaru telah dilancarkan di Malaysia hari ini iaitu Aprillia RS660 (2021).

Bagi sesiapa yang pernah tengok filem bikers kental, Aprilla RS660 terbaru ini boleh dikatakan adik kepada Aprillia RSV4 yang ditunggang Zizan tu dalam filem tersebut.

Advertisement

Hadir dengan rekabentuk yang sporty, ia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Lava Red dan Apex Blue. Aprilla RS660 ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 659cc Parallel-Twin DOHC bersama transmisi manual 6-kelajuan berserta ciri Quick Shifter (AQS) atas bawah.

Dilengkapi dengan 5 mod tunggangan iaitu Commute, Dynamic dan Individual bagi jalanan, manakala dua lagi untuk trek, Challenge dan Time Attack.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Aprillia RS660 ini pada harga RM59,900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...