Applikasi Untuk Peranti Android Sempena Ramadhan

Trending

Applikasi Untuk Peranti Android Sempena Ramadhan

Sempena bulan ramdhan yang akan tiba nanti, laman web IT bahasa melayu iaitu amanz telah mengumpulkan beberapa applikasi yang menarik untuk dikongsikan dengan pengguna peranti android di malaysia. Antara applikasinya adalah:

Waktu Solat Malaysia

Advertisement

waktu-solat-malaysia-android

Salah satu perkara yang turut menjadikan aplikasi ini menarik berbanding yang lain adalah sokongan widget pada aplikasi ini, membolehkan pengguna menyertakannya pada home screen peranti anda, dan mengikuti waktu solat dengan mudah. Pengguna turut boleh menetapkan alarm terus melalui aplikasi untuk pelbagai waktu solat, termasuk untuk waktu imsak.

Muat-Turun Waktu Solat Malaysia untuk Android

Quran

quran-android

Aplikasi ini turut sama menyertakan sokongan terjemahan, membolehkan pengguna untuk memuat-turun terjemahan dalam bahasa Malaysia, dan mengetahui terjemahaan sesuatu ayat dengan mudah. Bagi mereka yang berminat, anda turut boleh memuat-turun audio dan mendengar bacaan untuknya terus melalui aplikasi ini.

Muat-Turun Quran Android dari Play Store

Mutabaah Ramadhan

mutabaah-ramadhan-android

Aplikasi ini menyertakan sokongan waktu solat, disamping turut mengintegrasikan checklist tersendiri, membolehkan anda menandakannya, dan melihat statistik dalam paparan yang kemas.

Muat-Turun Mutabaah Ramadhan untuk Android

Ramadhan 2013 MY

ramadhan-2013-my-android

Aplikasi khusus untuk bulan Ramadhan ini menyertakan beberapa panduan bersama-sama dengannya. Melalui aplikasi berbahasa Malaysia ini, ia membolehkan para pengguna untuk mengikuti panduan puasa, disamping turut menyertakan niat dan doa untuk bersahur dan juga berbuka.

Muat-Turun Ramadhan 2013 MY untuk Android

Puasa Ramadhan

puasa-ramadhan

Aplikasi berbentuk soal-jawab, dimana ia mengumpulkan pelbagai persoalan yang hadir oleh ramai pengguna berkenaan dengan bulan puasa ini. Lebih kurang 71 persoalan dan jawapannya disediakan, membolehkan para pengguna membaca dan memahaminya ketika masa terluang.

Muat-Turun Puasa Ramadhan untuk Android

Sumber: Amanz.My

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...