Apple Watch Berjaya Mengesan Warga Emas Dapatkan Rawatan Kecemasan

Teknologi

Apple Watch Berjaya Mengesan Warga Emas Dapatkan Rawatan Kecemasan

Tahukah anda semua Apple Watch Series 4 berupaya mengesan orang yang jatuh secara tiba-tiba kerana sakit selama 1 minit dengan membantu menghubungkan anda kepada panggilan kecemasan.

Ini telah berlaku di luar negara di mana teknologi sebuah jam tangan pintar berjaya menyelamatkan nyawa warga emas sewaktu sedang mengayuh basikal di Riverside State Park, Washington.

Advertisement

Gabe Burdett telah berkongsikan pengalaman keluarganya ini di dalam akaun Facebook miliknya pada pagi Jumaat lalu sehingga tular dan mendapat lebih daripada 500 komen dan 463 ribu tanda suka.

Gabe dan bapanya Bob telah merancang untuk mengayuh basikal bersama-sama. Tetapi lain jadinya apabila bapa Gabe mengalami kecelakaan yang teruk sehingga beliau jatuh sebelum anaknya tiba.

Mesej terus dihantar kepada iPhone anaknya daripada Apple Watch bapanya tentang kemalangan tersebut.

Berdasarkan perkongsian anaknya, Apple Watch terus menghantar mesej kepada anaknya dimana bapanya tidak sedarkan diri serta menelefon pihak ambulan dengan pemberitahuan lokasi dimana bapanya dengan serta merta dibawa ke hospital berdekatan.

Situasi ini secara tidak langsung menyelamatkan nyawa warga emas ini. Semuanya disebabkan oleh teknologi yang tersedia di Apple Watch ini.

Selepas ini mungkin ramai akan lebih mengetahui kepentingan yang ditawarkan Apple Watch ini menerusi ‘hard fall detection’ .

Apple Watch Series 4 dapat mengesan individu yang memakai jam tangan tersebut . Ia akan membunyikan loceng untuk memberi peringatan.

Anda juga akan diberi pilihan untuk menghubungi individu yang terdekat dengan anda untuk memberitahu anda sedang dalam masalah dan darurat.

Korang jangan ingat, Apple Watch ini hanya untuk bergaya dan banyak kemudahan seperti tidak diketahui oleh semua yang mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...