Apple Watch Bakal Dapat Digunakan Dengan Peranti Android Xiaomi, Melalui Aplikasi ‘HyperConnect’

Teknologi

Apple Watch Bakal Dapat Digunakan Dengan Peranti Android Xiaomi, Melalui Aplikasi ‘HyperConnect’

Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015, Apple Watch tidak pernah disokong untuk digunakan peranti Android.

Sambungan jam tangan pintar ini sememangnya diketahui terhad hanya kepada pengguna yang menggunakan ekosistem Apple. Walau bagaimanapun, ini mungkin akan berubah tidak lama lagi dengan langkah yang diambil oleh Xiaomi.

Advertisement

apple watch

Difahamkan,  Xiaomi telah berhasrat untuk memperluaskan sokongan HyperConnect mereka. Ketika ini, HyperConnect hanya menyokong pemindahan fail pantas, membuka fail Keynote, dan menyiarkan kandungan skrin Xiaomi 15 ke skrin MacBook.

Namun, Xiaomi dikatakan merancang untuk membolehkan penggunaan Apple Watch, AirPods, dan HomePod bersama peranti mereka pada masa depan.

xiomi hyperconnect

Setakat ini, masih belum jelas bagaimana Xiaomi akan melaksanakan perkara ini. Dapat dijangka, Xiaomi mungkin akan membangunkan aplikasi khusus untuk tujuan sambungan tersebut.

Diharapkan, Xiaomi tidak akan mengguna pakai kaedah seperti yang dilakukan oleh Nothing, yang menghubungkan akaun iCloud pengguna ke pelayan pihak ketiga dari peranti macOS.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiktok paylater
2024-11-25 16:05:46

Boleh Pilih Tempoh Bayaran Balik 12 Bulan, TikTok Malaysia Perkenalkan TikTok PayLater

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Amanz