Apple Tawar Program Pembaikan Percuma Kepada iPhone 6S Dan 6S Plus

Teknologi

Apple Tawar Program Pembaikan Percuma Kepada iPhone 6S Dan 6S Plus

Bagi anda yang menggunakan Apple iPhone 6S dan 6S Plus dan sering menghadapi masalah iPhone tidak boleh dihidupkan atau masalah teknikal lain, kini Apple telah mengumumkan program gantian percuma untuk sesetengah model iPhone 6S dan 6S Plus.

Apple menyatakan, iPhone yang terjejas adalah model yang dikilangkan antara Oktober 2018 hingga Ogos 2019.

Advertisement

iPhone 6s dan 6s Plus

Menurut Apple pelanggan kedua-dua model yang mengalami masalah peranti tidak boleh dihidupkan boleh mendapatkan perkhidmatan baik pulih secara percuma.

Masalah ini berlaku kerana kegagalan pada komponen yang tidak didedahkan pada waktu ini.

Bagi mereka yang sudah membayar kos pembaikan kerana isu ini dari pusat servis sah Apple, anda boleh dapatkan semula pembayaran yang dibuat itu.

Anda boleh menyemak sama ada model iPhone 6S dan iPhone 6S Plus anda layak atau tidak untuk program pembaikan percuma ini di laman sesawang Apple Support dengan memasukkan nombor siri iPhone anda.

Sumber: THE VERGE

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...